Habib Sayid Hatim bin Ahmad Al-Ahdal

Habib Sayid Hatim bin Ahmad Al-Ahdal





Sebahagian perawi sejarah menulis bahawa Sayid Hatim bin Ahmad adalah
seorang wali besar yang hebat kekaramahannya. Beliau pernah tinggal di
Mekkah dan Madinah selama beberapa tahun kemudian menetap di kota Makha
(Yaman).


Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: “Nabi s.a.w.
mengangkatku jadi penguasa di desa dan seluruh kawasan ini”.
Diriwayatkan pula bahawa beliau pernah memberitahukan beberapa kejadian
yang akan terjadi pada empat tahun mendatang. Ternyata semua yang
dikatakan beliau itu terjadi sama seperti yang dikatakannya.


Sebahagian penguasa yang zalim pernah mengeluarkan pengumuman
untuk mensita harta seorang keluarga Ahlul Bait secara tidak wajar.
Orang itu pergi melaporkan pada Sayid Hatim bin Ahmad apa yang akan
dilakukan oleh penguasa tersebut. Kata Sayid Hatim: “Berikan apa saja
yang akan disita, sesungguhnya ia tidak akan dapat menjamahnya
sedikitpun”. Waktu penguasa tersebut tiba di rumah orang itu, si pemilik
rumah membiarkan saja apa yang dilakukan oleh penguasa zalim itu. Waktu
hendak dipegangnya harta yang akan disitanya itu ia merasakan pedih
pada sekujul tubuhnya sehingga ia berteriak-teriak sambil bertari dan
meniaggalkan harta yang akan disita dengan tidak wajar itu.


Pada suatu hari pelayan beliau mengadu bahawa untuk hari itu
tidak ada wang yang akan dimakan. Lalu beliau mengambil sapu tangannya
yang kosong dan dikeluarkan dari dalamnya beberapa dirham sambil
berkata: “Aku diberi izin oleh Allah untuk menggunakannya sekedar
keperluan kami saja”.


Ada seorang yang memfitnah dan membusuk-busukkan nama beliau di
khalayak rarnai. Waktu berita itu didengar, beliau hanya mengeluarkan
satu bait syair yang isinya bahawa yang berbuat fitnah itu kelak akan
digigit ular. Apa yang dikatakan oleh Sayid Hatim itu benar-benar
terjadi. Orang yang suka memfitnah beliau itu pada malam harinya digigit
ular pada lidahnya hingga mati.


Sayid Hatim bin Ahmad wafat dikota Makha, Yaman pada tahun
101M.Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa,
terbitan Perniagaan Jahabersa


 


EmoticonEmoticon